Hello para pelajar! Kali ini Cikgu Ju mahu uji kamu tentang penggunaan Bahasa Melayu. Ayuh cuba!
Friday, May 24, 2013
Jom cari Kata Adjektif !
Kisah Sang Kancil dan Monyet,
Terdapat banyak Kata Adjektif dalam video ini.
Pilih lima Kata Adjektif dan post diruangan comment.
Terima Kasih.
Puisi Hari Guru!
Apa yang kita lakukan jika ingin membalas jasa sesorang? ermm bagaimana dengan jasa seorang guru?...jeng jeng jeng...
Selamat maju jaya....chaiyok..
Sebagai tanda cikgu menghargai jasa baik guru, jadi hari ini cikgu baik hati ingin berkongsi satu peta minda mengenai Sajak Hari Guru.
Mudahkan jika ada peta minda. Ini adalah satu teknik untuk memudahkan kamu belajar. Selain itu kamu boleh melawati blog http://tamanseribupuisi.blogspot.com/2012/05/sajak-hari-guru-selina-sf-lee.html kerana dalam blog ini terdapat banyak pelajaran komsas dan puisi.Selamat maju jaya....chaiyok..
Betulkan yang biasa, biasakan yang betul
LATIHAN UNTUK ANDA!
Tengku Fauziah Ku Ma
Pegawai Perancang Bahasa
Gaya bahasa!
Selamat pagi pelajar sekalian...dah sarapan...
Sebelum ini cikgu ada menerangkan jenis-jenis gaya bahasa dalam sajak, syair dan pantun.Hari ini cikgu mahu kamu lawat blog yang menerangkan teknik-teknik menjawab soalan gaya bahasa dalam sajak dengan klik ke link di bawah.
http://ayisgc65.blogspot.com/2009/07/teknik-menjawab-soalan-gaya-bahasa.html
Semoga maklumat berkenaan memberi kamu manfaat untuk menjawab soalan...
Sebelum ini cikgu ada menerangkan jenis-jenis gaya bahasa dalam sajak, syair dan pantun.Hari ini cikgu mahu kamu lawat blog yang menerangkan teknik-teknik menjawab soalan gaya bahasa dalam sajak dengan klik ke link di bawah.
http://ayisgc65.blogspot.com/2009/07/teknik-menjawab-soalan-gaya-bahasa.html
Semoga maklumat berkenaan memberi kamu manfaat untuk menjawab soalan...
Thursday, May 23, 2013
Mari belajar Kata Adjektif!
Hai para pelajar..! :)
Bertemu lagi dalam penerokaan ilmu. Kali ini kita akan belajar mengenai Kata Adjektif.
Lihat gambar di bawah. Apakah yang ada dalam fikiran kamu?
Pelbagai perkara pasti terlintas dalam fikiran kamu. Gambar tersebut memaparkan suasana sambutan hari sukan, di mana terdapat pertandingan tarik tali diadakan. Terdapat ramai pelajar yang gembira. Mereka memakai pakaian sukan pelbagai warna-hitam, putih, hijau. Mereka juga bersorak menyokong kumpulan masing-masing, menjadikan suasana tersebut bising dan hingar-bingar. Guru-guru pula-ada yang kurus, dan gemuk-berusaha sehabis tenaga memastikan kemenangan milik kumpulan.
Kesemua perkara yang dihitamkan merupakan kata adjektif.
Apakah Kata Adjektif?
Lihat peta minda di bawah ini:
Para pelajar boleh layari laman Cikgu BM untuk nota yang lebih lanjut.
Sekarang, cuba lihat di sekeliling kamu, senaraikan beberapa sifat atau keadaan yang menepati kata adjektif!
Kata hubung!
Hello para pelajar! Berjumpa lagi dalam pembelajaran kali ini- Kata hubung. :)
- Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat- terbahagi kepada tiga iaitu:
- (a) kata hubung gabungan,
- (b) kata hubung pancangan,
- (c) kata hubung berpasangan.
- Contoh kata hubung tunggal dan kata hubung berpasangan/gabungan serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:
- Kata Hubung Gabungan / Pancangan
-
-
Contoh
-
Ayat Contoh
- agar
- Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera.
- apabila
- Mukanya pucat apabila disoal.
- atau
- Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana.
- bahawa
- Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar.
- dan
- Leela dan Siu Lan berjiran.
- hingga
- Ayah dan kawannya berbual hingga larut malam.
- Jika
- Saya berpayung jika hujan.
- Jikalau
- Jikalau saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan.
- kecuali
- Semua murid Nadir kecuali Gopal.
- kerana
- Aini menangis kerana terlalu sedih.
- lalu
- Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon.
- manakala
- Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor.
- sambil
- Zalifah bernyanyi sambil menari.
- serta
- Zahid serta abangnya menonton wayang.
- semenjak
- Saya berkawan dengannya semenjak kecil.
- sementara
- Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.
- sungguhpun
- Sungguhpun buta, orang Itu mampu berdikari.
- supaya
- Belajarlah bersungguhsungguh supaya pandai.
- walaupun
- Walaupun letih, diselesaikannya jugs kerja ItU.
- tetapi
- Badannya besar tetapi penakut.
-
Kata Hubung Berpasangan-
- Contoh
- Ayat Contoh
- Baik - mahupun
- Baik lelaki mahupun perempuan sama-sama bergotong royong membersihkan balai raya itu.
- Baik- baik
- Baik Daud baik adiknya samasama pintar.
- bukan sahaja malah
- Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.
- entah entah
- Jangan lekas percaya akan janjinya, entah betul entah tidak.
- Jangan – pun
- Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pun dia tak ada.
- Kian – kian
- Kian lama kian banyak orang yang ke sana.
- Sama ada – ataupun
- Guru Besar meminta sama ada bapa ataupun ibu murid hadir ke Sekolah.
- sedangkan...inikan pula
- Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan pula Bukit Larut.
- semakin...semakin
- Encik Husin semakin kaya semakin pemurah.
- sungguhpun...tetapi
- Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat berlari.
- walaupun...namun
- Walaupun cacat namun Guan rajin berusaha.
- Contoh kata hubung dalam bentuk Akar
-
- Dan
- hingga
- lalu
- ketika
- Dengan
- yang
- tetapi
- jika
- Kerana
- serta
- kalau
- kemudian
- demikian
- walhal
- walau
- agar
- atau
- demi
- supaya
- Contoh kata hubung dalam bentuk terbitan.
-
- semasa
- sementara
- seharusnya
- andaikata
- semoga
- seketika
- sebaliknya
- sedangkan
- setelah
- sesungguhnya
- walaupun
- itupun
- sewaktu
- seandainya
- meskipun
- sekali[un
- mudah-mudahan
- moga-moga
- jikalau
- bagaimanapun
- padahal
- Baiklah para pelajar.
- Cuba kamu bina lima ayat yang menggunakan kata hubung. Kamu boleh tinggalkan jawapan kamu di ruangan komen.
- Contoh ayat:
- 1. Menggabungkan dua ayat:
- Azhar dan Malek pergi ke Pulau Pinag.
- 2. Menggabungkan dua rangkai kata:
- Kita boleh pergi ke Mekah dengan kapal terbang atau kapal laut.
- 3. Menggabungkan ayat-ayat:
- Negara itu mengeluarkan hasil galian yang banyak tetapi rakyatnya masih miskin dan menderita.
Wednesday, May 22, 2013
Mari belajar gaya bahasa KOMSAS!
Adakah kamu tahu bahawa dalam bidang sastera, terdapat istilah khusus. Mari kita lihat beberapa istilah tersebut!
1. Anafora -Pengulangan kata pada awal baris
2. Responsi -Pengulangan kata pada tengah-tengah baris
3. Epifora -Pengulangan kata pada akhir baris
4. Repitasi / Repitisi -Pengulangan kata pada baris yang sama
5. Simplok -Pengulangan kata pada awal dan akhir baris yang sama
6. Sinkof / Sinkope -Penggunaan singkatan kata
7. Metafora -Perbandingan secara tidak langsung atau kiasan atau perbandingan yang mempunyai dua kata yang berisi konkrit dan abstrak.
8. Simile -Perbandingan atau kiasan secara langsung yang bersendi laksana, seperti, bak, umpama, bagaikan dan sebagainya
9. Personifikasi -Penggunaan unsur kemanusiaan terhadap unsur bukan manusia
10. Hiperbola -Penggunaan unsur yang melampau
11. Hybrid-Penyatuan dua kata menjadi satu kata
12. Inversi- Pembalikan kata
13. Paradoks -Penggunaan unsur positif dan negatif dalam satu baris puisi
14. Asonansi -Pengulangan bunyi vokal
15. Aliterasi- Pengulangan bunyi konsonan
Cuba kamu lihat ungkapan di bawah. Nyatakan jenis gaya bahasa yang terbabit.
1. Rintik hujan menampar muka.
2. Permatang padi indah sungguh!
3. Laut dan ombak saling menyatu bak sahabat yang tak pernah terpisah.
Selamat mencuba!
Subjek penulisan!
Apa khabar para pelajar? Moga lebih ceria dalam pembelajaran kali ini! :) Cikgu Yani akan membincangkan mengenai subjek penulisan di sekolah rendah dan menengah. Para pelajar boleh klik pautan ini untuk bacaan dari sumber asal.
Adakah anda masih ingat akan subjek Penulisan ketika di sekolah rendah dan juga menengah? Pasti ramai yang akan tersenyum sinis apabila dipersoalkan tentang soalan ini. Di dalam benak pemikiran setiap orang pasti terimbau kembali wajah guru yang mengajar mereka untuk subjek Penulisan ini. Ada juga yang mungkin terfikir akan betapa malasnya menyiapkan kerja sekolah setiap kali hujung minggu apabila dibekalkan dengan kerja membuat karangan sebanyak dua tajuk setiap kali tiba hujung minggu. Mungkin ada dikalangan anda yang akan menyiapkan kerja sekolah membuat karangan ini ketika waktu malam Ahad sebelum bermulanya sesi persekolahan pada Isnin pagi berikutnya.
Sebenarnya ramai anak muda Melayu kita mempunyai kemahiran dalam bidang penulisan pada zaman awal persekolahan mereka. Mereka akan cuba sedaya upaya untuk menghasilkan karangan yang panjang sehingga menjangkau tujuh dan lapan perenggan bagi murid sekolah rendah. Sekiranya ingin mengira jumlah patah perkataan yang ditulis maka akan bertambahlah bilangannya setiap kali menghantar latihan kerja sekolah ini. Mungkinkah pelajar hari ini masih lagi berusaha sedaya upaya untuk menulis karangan yang panjang untuk mendapatkan markah yang penuh kerana semakin panjang karangan yang ditulis maka akan semakin bertambahlah jumlah isi kandungan karangan itu. Saya tidak terfikir yang pelajar sekolah rendah pada hari ini akan menulis karangan yang begitu panjang kerana pihak sekolah atau Kementerian Pelajaran akan menapis berapakah had jumlah perenggan yang akan ditulis oleh pelajar bagi tujuan peperiksaan.
Penulisan bagi saya adalah ekspresi dalaman setiap orang tentang bagaimana mereka meluahkan sesuatu tajuk yang dituliskan ke dalam bentuk ayat. Menulis memang tidak susah tetapi menulis dengan susunan ayat yang baik disusuli pula dengan keindahan bahasa yang cantik menyerikan lagi sesuatu karangan yang ditulis itu. Tujuan menulis disamping untuk tujuan bercerita perlulah disertakan dengan perasaan yang mudah difahami kerana orang yang akan membaca karangan itulah yang akan menjadi penilai kepada kualiti penulisan kita. Sebenarnya sikap suka menulis ini perlu diterapkan ke dalam budaya kita seharian sama seperti kita menerapkan budaya suka membaca dikalangan anak-anak dan orang dewasa.
Untuk menulis kita memerlukan modal iaitu idea atau sekurangnya pengalaman tentang suatu tajuk yang akan diceritakan. Di sini ia menggalakkan setiap orang cuba untuk mencari maklumat mengenai suatu tajuk dan dibiarkan menulis dalam gaya bahasa mereka tersendiri termasuklah pandangan peribadi mereka. Minda perlu sentiasa diasah untuk berfikir dan sentiasa diluahkan supaya apa yang difikirkan tidak hanya terbiar begitu sahaja. Baik atau buruk setiap ekspresi dalam bentuk penulisan itu boleh mengurangkan tekanan yang dihadapi. Selain itu juga melalui penulisan mereka boleh membayangkan mengenai sesuatu yang tidak mungkin akan berlaku dalam kehidupan sebenar atau ia hanyalah rekaan semata-mata. Ini dipanggil imaginasi dan di zaman ini imaginasi perlu mendahului teknologi kerana ia akan membawa kepada suatu perubahan melalui apa yang telah kita fikirkan hari ini untuk masa depan.
Jadi, sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak, perlulah mengambil satu langkah kehadapan dengan menggalakkan anak mereka untuk memulakan sikap suka menulis disamping diterapkan sikap suka membaca. Apa yang telah dilakukan oleh para guru di sekolah amatlah bertepatan dengan memberikan latihan menulis karangan hampir setiap minggu. Ini adalah salah satu langkah dalam cubaan untuk memartabatkan bahasa Melayu bagi golongan Melayu supaya tidak melupakan bahasa sastera yang hanya boleh dijumpai melalui buku-buku yang ditulis oleh penulis lama. Kosa kata yang digunakkan oleh penulis lama adalah lebih klasik dan jarang didengari dalam masyarakat Melayu moden hari ini. Bahasa ini mungkin akan menjadi lebih janggal digunakan sekiranya ia tidak sentiasa diperlihatkan kepada anak bangsa kita pada hari ini. Oleh itu marilah kita menetapkan bahawa setiap hujung minggu , kita cari satu topik yang mudah dan luahkan pandangan kita terhadap tajuk tersebut dan catatkan di dalam buku atau mana-mana media elektronik. Hari yang semakin canggih ini sepatutnya mampu menambahkan kualiti dan mutu gaya penulisan bangsa hari ini dalam kemahiran membuat karangan.
“Jadikan Hujung Minggu Sebagai Hari Untuk
Menulis”.
Selamat belajar!
Selamat belajar!
Menulis karangan yang baik!
Para pelajar yang dikasihi. Kali ini Cikgu Yani akan berkongsi tips dan syarat dalam menulis karangan yang baik.
Kejelasan dan ketepatan:
Gaya yang baik:
Keaslian:
Pastikan kamu dapat menulis dengan lebih baik lagi berbanding sebelum ini.
Kejelasan dan ketepatan:
- Isi-isi atau hujah dalam karangan hendaklah disampaikan dengan cukup jelas dan tepat supaya tidak menimbulkan sebarang salah faham atau kekeliruan.
- Setiap istilah atau konsep yang dipakai itu hendaklah cukup tepat dan betul, tidak mengelirukan. Istilah-istilah yang mempunyai lebih dari satu makna hendaklah diberi definisinya.
- Isi-isi atau hujah-hujah yang hendak dikemukakan itu hendaklah disusun dengan baik misalnya mengikut urutan masa, urutan tempat, urutan kepentingannya, urutan kerumitan dan sebagainya.
- Isi-isi atau hujah hendaklah saling berkaitan antara satu sama lain sehingga merupakan satu “ keseluruhan” ( unity ) , dan bukannya merupakan sekumpulan isi-isi atau hujah-hujah yang terpisah-pisah.
- Setiap isi atau hujah yang dimasukkan itu hendaklah dapat memberi keterangan-keterangan atau sokongan kepada pokok perbincangan (tema) karangan yang berkenaan.
- Jagalah pertalian logis ( coherence ) di antara isi-isi atau hujah-hujah supaya tidak bertentangan antara satu sama lain. Kesalahan-kesalahan logik seperti ketidakcocokan ( incompatibility ), penghujahan berlingkar-lingkar ( circular argument ) dan sebagainya hendaklah dielakkan.
Gaya yang baik:
- Apa yang dimaksudkan dengan gaya itu termasuklah cara susunan isi-isi , kelincinan jalan bahasa, pemerengganan ( paragraphing) , kejelasan tulisan dan sebagainya. Bahasa yang digunakan itu hendaklah tepat, jelas, ringkas, padat dan bernas. Ini bererti pemilihan kata-kata mestilah dilakukan dengan seteliti yang boleh dan betul tatabahasanya. Perlu diingatkan bahawa , “ gaya bahasa yang baik “ tidak semestinya bererti karangan itu penuh dengan apa yang dikatakan ‘ bunga-bunga bahasa “ – terutama sekali bunga-bunga bahasa yang tidak digunakan lagi ( usang ), lapuk dan kosong tidak bererti langsung. Bunga bahasa boleh dimasukkan pada tempat-tempat yang sesuai, pastikan juga bunga-bunga bahasa tidak terasa dibuat-buat ( iaitu mestilah natural ) dan dapat memberi sumbangan kepada penerangan tema karangan itu.
Keaslian:
- Keaslian kedua-dua isi, bentuk atau bahasa adalah penting. Keaslian isi bererti karangan itu mengandungi idea-idea atau fikiran-fikiran segar, pengamatan dan pemahaman tajam serta mendalam (deep insight) lagi kaya dengan unsur-unsur “ wit “ dan “ homour “, sehingga karangan itu menarik atau sekurang-kurangnya tidak membosankan. Keaslian bentuk atau bahasa pula bererti karangan itu bebas dari ungkapan-ungkapan yang sudah lapuk ( cliché ) . Keaslian isi hanya boleh dicapai dengan memperkayakan lagi pengalaman hidup serta pengetahuan melalui berbagai-bagai bidang hidup dengan amalan banyak membaca. Keaslian bahasa hanya dapat dicapai melalui latihan menulis yang banyak ( praktikal ). Mempelajari bahasa bukan mempelajari teori-teori sahaja , tetapi teori dan praktikal. Perlu diingatkan bahawa, ketajaman pemikiran dan kemahiran bahasa adalah saling berkaitan rapat antara satu sama lain dan kedua-duanya berkaitan rapat pula dengan ilmu logik. Oleh itu mustahaklah para penuntut mempunyai asas-asas pengetahuan ilmu logik.
Pastikan kamu dapat menulis dengan lebih baik lagi berbanding sebelum ini.
Practices makes perfect! :)
Format Karangan
Para pelajar yang dikasihi. Cikgu Yani akan berkongsi nota dengan kamu mengenai format karangan. Ingat, format yang tepat membolehkan kamu mendapat markah yang elok untuk penulisan. Jika kamu salah format, maka kamu akan kehilangan markah! Sentiasa peka dengan kehendak soalan, ya!
Selamat belajar! :)
Contoh karangan surat kiriman!
Seorang
sahabat anda telah mengutus surat kepada anda. Dia meminta anda
menceritakan persediaan menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah
Rendah yang bakal di hadapi pada hujung tahun ini.
Balas surat rakan anda itu.
Contoh karangan:
Oleh Justin Fernandes. Tingkatan 3 A, SMK Tun Mutahir, Melaka.
Menemui sahabatku Jet Seng yang berada di Kuala Lumpur. Saya
berharap saudara berada dalam keadaan yang sihat dan sejahtera.
Saudara,
Terlebih dahulu saya ingin menyusun jari sepuluh memohon maaf kepada saudara kerana dah lama tidak membalas surat saudara. Kebelakangan ini saya sedang sibuk menyiapkan folio sejarah saya.
Jika tidak silap saya, saudara meminta saya menceritakan tentang persediaan saya menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah yang bakal kita hadapi penghujung tahun ini kan? Sebenarnya tidak susah untuk membuat persediaan tersebut kerana terdapat banyak cara yang boleh kita ikuti.
Antara persediaan yang saya lakukan ialah menjaga pemakanan saya dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang. Pemakanan seimbang yang cukup dari segi karbohidrat, protin, vitamin dan mineral perlu diambil secara seimbang supaya minda kita kekal cergas dan otak sentiasa cerdas. Kita tidak sepatutnya mengambil makanan ringan seperti kerepek kentang dan lain-lain lagi sebab makanan ini mengandungi monosodium glutamate yang boleh mengakibatkan seseorang itu mudah lupa. Hal ini boleh menggangu pelajaran kita.
Selain itu saya juga mengatur masa saya dengan sebaik-baiknya kerana masa itu emas. Saya mengatur masa saya supay tidak membuang masa terhadap sesuatu perkara yang tidak mendatangkan manafaat. Jadual masa juga membolehkan kita mengulang kaji dengan lebih sistematik dan teratur. Dengan ini, kita boleh meningkatkan prestasi untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti.
Di samping itu, saya akan pastikan kesihatan saya sentiasa terjaga dengan baik. Untuk itu saya akan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu supaya badan saya akan sentiasa sihat dan bebas dari sebarang penyakit. Justeru itu janganlan mengabaikan kesihatan kita sehingga sakit baru hendak menyesal, bak kata pepatah 'sudah terhantuk baru terngadah'.
Cara terakhir dan terpenting yang saya lakukan ialah mengulang kaji terlebih dahulu sebelum peperiksaan. Kita tidak patut mengulang kaji pada saat-saat terakhir kerana menurut kajian saintifik, kita tidak dapat menyerap semua benda yang kita baca jika kita mengulangkaji pada saat-saat terakhir. Bak kata pepatah, 'sediakan payung sebelum hujan'.
Setakat ini saja yang dapat saya coretkan untuk tatapan saudara kali ini. Semoga kita dapat berjumpa lagi dalam lembaran yang akan datang.
Sahabatmu,
Justin Fernandes
Balas surat rakan anda itu.
Contoh karangan:
Oleh Justin Fernandes. Tingkatan 3 A, SMK Tun Mutahir, Melaka.
No. 23, Lorong 3, Jalan BBP3,
Taman Batu Berendam Putra,
75350 Melaka.
27 Julai 2012
Saudara,
Terlebih dahulu saya ingin menyusun jari sepuluh memohon maaf kepada saudara kerana dah lama tidak membalas surat saudara. Kebelakangan ini saya sedang sibuk menyiapkan folio sejarah saya.
Jika tidak silap saya, saudara meminta saya menceritakan tentang persediaan saya menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah yang bakal kita hadapi penghujung tahun ini kan? Sebenarnya tidak susah untuk membuat persediaan tersebut kerana terdapat banyak cara yang boleh kita ikuti.
Antara persediaan yang saya lakukan ialah menjaga pemakanan saya dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang. Pemakanan seimbang yang cukup dari segi karbohidrat, protin, vitamin dan mineral perlu diambil secara seimbang supaya minda kita kekal cergas dan otak sentiasa cerdas. Kita tidak sepatutnya mengambil makanan ringan seperti kerepek kentang dan lain-lain lagi sebab makanan ini mengandungi monosodium glutamate yang boleh mengakibatkan seseorang itu mudah lupa. Hal ini boleh menggangu pelajaran kita.
Selain itu saya juga mengatur masa saya dengan sebaik-baiknya kerana masa itu emas. Saya mengatur masa saya supay tidak membuang masa terhadap sesuatu perkara yang tidak mendatangkan manafaat. Jadual masa juga membolehkan kita mengulang kaji dengan lebih sistematik dan teratur. Dengan ini, kita boleh meningkatkan prestasi untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti.
Di samping itu, saya akan pastikan kesihatan saya sentiasa terjaga dengan baik. Untuk itu saya akan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu supaya badan saya akan sentiasa sihat dan bebas dari sebarang penyakit. Justeru itu janganlan mengabaikan kesihatan kita sehingga sakit baru hendak menyesal, bak kata pepatah 'sudah terhantuk baru terngadah'.
Cara terakhir dan terpenting yang saya lakukan ialah mengulang kaji terlebih dahulu sebelum peperiksaan. Kita tidak patut mengulang kaji pada saat-saat terakhir kerana menurut kajian saintifik, kita tidak dapat menyerap semua benda yang kita baca jika kita mengulangkaji pada saat-saat terakhir. Bak kata pepatah, 'sediakan payung sebelum hujan'.
Setakat ini saja yang dapat saya coretkan untuk tatapan saudara kali ini. Semoga kita dapat berjumpa lagi dalam lembaran yang akan datang.
Sahabatmu,
Justin Fernandes
Tuesday, May 21, 2013
Sajak Hari Guru!
Assalamu'alaikum dan selmat sejahtera para pelajar. Kali ini, Cikgu Zura akan berkongsi satu sajak dengan kamu, iaitu berkenaan Hari Guru.
Cuba kamu deklamasikan sajak ini dengan intonasi dan gaya yang bersesuaian!
Lebih menarik jika kamu boleh rakamkannya dan muat naik (upload) video tersebut ke laman mukabuku (facebook) Cikgu Edu!
Lebih menarik jika kamu boleh rakamkannya dan muat naik (upload) video tersebut ke laman mukabuku (facebook) Cikgu Edu!
Subscribe to:
Posts (Atom)