CARA-CARA UNTUK MENCERIAKAN KAWASAN SEKOLAH
Sekolah ialah tempat kita belajar dan menimba ilmu.
Lantarannya alam sekitar kawasan sekolah yang kondusif akan mempengaruhi
pelajar menuntut ilmu dan menelaah pelajaran. Sebagai pelajar, kita
seharusnya menjaga kebersihan dan keindahan sekolah. Setiap pelajar akan
berasa selesa jika persekitaran sekolahnya bersih dan ceria. Bak kata
peribahasa, “Hendak seribu daya, tak hendak dalih.” Oleh itu, pihak
sekolah perlu mengaturkan strategi yang dominan untuk menceriakan
kawasan sekolah.
Salah satu langkah yang dominan untuk menceriakan
kawasan sekolah adalah mengadakan program bergotong-royong. Aktiviti
bergotong royong harus diadakan berkala untuk membersihkan kawasan
sekolah. Aktiviti ini perlu melibatkan seisi warga sekolah.
Gotong-royong bertujuan untuk memastikan setiap warga sekolah dapat
bekerjasama untuk menjaga kebersihan sekolah. Selain itu, kerja dapat
disiapkan dengan cepat dan mudah, bak kata pepatah,yang berat sama
dipikul, yang ringan sama dengan dijinjing. Pada hujung minggu,pelajar
sekolah boleh hadir untuk aktiviti gotong-royong. Contohnya, pelajar
dikehendaki memungut sampah atau membersihkan longkang.
Tindakan yang seterusnya adalah mengadakan taman bunga di sekolah. “Program Sekolah dalam Taman”
patut diadakan dengan menanam pokok-pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan
yang menghijau di kawasan sekolah. Lantarannya persekitaran sekolah
lebih nyaman dan berudara segar. Dalam situasi ini, pelajar-pelajar juga
boleh membawa pokok bunga dari rumah untuk ditanam di kawasan sekolah.
Landskap sekolah juga patut dilengkapi dengan kolam ikan dan
gunung-gunungan serta pondok atau bebalai untuk membaca. Nescaya pelajar
lebih selasa dan minat untuk menuntut ilmu dalam persekitaran seperti
taman daripada bangunan konkrit yang kaku.
Di
samping itu pihak sekolah boleh mengecat bangunan semula. Mengecat
bangunan boleh mencantikkan sekolah. Pelajar juga akan berasa seronok
untuk datang ke sekolah yang berseri-seri. Cogan kata ada menyatakan ,
“sekolahku syurgaku.” Dengan bantuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, pihak
sekolah boleh menyediakan cat dan berus cat. Pelajar juga boleh
bekerjasama bagai ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk
mengecat pagar dan dinding bangunan sekolah. Kelab atau persatuan
kokurikulum juga digalakkan melukis di dinding sekolah. Mereka boleh
melukis gambar landskap, pemandangan, lukisan dan corak serta cogan
kata. Dalam konteks ini, sekolah kelihatan lebih cantik dan lebih sesuai
untuk belajar.
Dalam pada itu, pertandingan kelas terbersih perlu
diadakan setiap minggu. Melalui aktiviti ini, setiap pelajar akan
menjalankan tugas masing-masing untuk membersihkan kelas mereka, seperti
mengelap cermin tingkap, menyapu lantai dan mengemaskan meja dan
kerusi. Guru bertugas harian akan memantau dan menilai kebersihan kelas
setiap hari. Kelas terbersih dan terkotor akan diumumkan dalam
perhimpunan mingguan. Kelas terbersih akan diberikan sijil penghargaan.
Sebaliknya kelas terkotor perlu didenda untuk menjalankan pembersihan
pada petang, seperti mencuci tandas dan kantin. Secara anjakan
paradigma, pelajar akan mengamalkan tabiat menjaga kebersihan dalam
kehidupan sehari-harian mereka.
Selain itu, sekolah juga perlu menjalankan Program
3K. Program 3K bermaksud mengutamakan Kebersihan, Keindahan dan
Keselamatan. Dalam program ini, pihak sekolah perlu memastikan kawasan
sekolah dalam keadaan yang bersih, indah dan selamat. Hal ini demikian
kerana pihak sekolah sentiasa mengadakan pemeriksaan dan penyeliaan dari
semasa ke semasa. Lebih-lebih lagi, pihak Kementerian Pelajaran akan
membuat pemantauan terhadap sekolah tersebut. Hal ini akan memangkinkan
semangat pihak sekolah untuk memastikan program berjaya diadakan.
Sebagai impaknya, program 3K perlu diadakan di sekolah.
Intihanya,
semua warga sekolah hendaklah bekerjasama untuk menceriakan sekolah.
Dalam hal ini, guru,pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah perlu
bersama-sama menjaga persekitaran sekolah supaya bersih dan ceria.
No comments:
Post a Comment