Monday, May 20, 2013

Essay / Karangan PMR

Belilah Barangan Buatan Malaysia


‘ Belilah Barangan Buatan Malaysia’ merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk melonjakkan barangan Malaysia di pasaran tempatan. Kini, produk tempatan kurang mendapat tempat di hati penduduk Malaysia. Mereka lebih gemarkan produk antarabangsa  yang dikatakan ledih bergaya dan mengikut trend. Sesetengah mengatakan orang yang membeli atau memakai produk buatan Malaysia ketinggalan zaman dan miskin. Ada yang tidak sanggup membeli barangan Malaysia  dan sanggup berhabis wang membeli barangan luar negara tanpa melihat kualitinya. Malah, barangan luar negara yang mahal itu belum tentu kehalalannya. Oleh itu, kerajaan telah memperkenalkan  konsep ‘ Belilah Barangan Buatan Malaysia ‘ dengan meletak harga yang murah pada barangan Malaysia dan mengenakan cukai pada barangan luar negara.

‘ Belilah Barangan Buatan Malaysia ’ sesuai diwujudkan.  Konsep ini telah meletak harga murah pada produk Malaysia dan mengenakan cukai pada produk luar negara. Ini membuat sebahagian besar masyarakat akan memilih untuk membeli barangan Malaysia yang lebih murah. Kelama-lamaan, apabila masyarakat membeli barangan buatan Malaysia, mereka akan sedar betapa berkualiti barangan Malaysia daripada barangan luar negara. Ini meningkatkan semangat patriotisnme dan cinta akan negara terutamanya terhadap produk buatan negra kita ini.

Selain itu, ini akan menunjukkan bahawa Malaysia menghasilkan barangan yang berkualiti malah, lebih kualiti daripada barangan luar negara atau serantau. Ini juga mengubah tanggapan yang barangan buatan Malaysia tidak berkualiti atau tidak bergaya dari segi pakaian. Dalam kempen ‘ Belilah Barangan Buatan Malaysia’, telah diadakan iklan di televisyen untuk mempromosikan barangan Malaysia. Ini akan mengambil perhatian hampir semua rakyat kerana majoriti penduduk Malaysia menonton televisyen. Oleh itu, sesiapa yang memiliki barangan yang disiarkan di televisyen akan dikatakan ‘trendy’ bagi pakaian ataupun beg terkini buatan tempatan. Kesimpulannya, kempen ini dapat merubah tanggapan negatif mengenai barangan Malaysia, seterusnya, memupuk rasa bangga akan produk tempatan yang lebih berkualiti daripada produk luar negara.

Slogan ‘ Belilah Barangan Buatan Malaysia’ mewujudkan rasa cinta penduduk kepada produk tempatan seterusnya melahirkan rasa cinta akan negara. Apabila seseorang membeli produk Malaysia secara berterusan, ia akan menjadi kelaziman atau kebiasaan bagi orang itu. Dalam kata lain, membentuk rasa cinta pada barangan buatan Malaysia. Melalui kesedaran ini, seseorang itu akan mencuba produk Malaysia yang lain serta lebih mewujudkan rasa cinta akan produk tempatan. Pada masa yang sama, ini akan melahirkan rasa cinta akan negara.

Melalui slogan ini, kempen ‘ Belilah Barangan Buatan Malaysia’ akan memberi kesedaran rakyat Malaysia tentang kepentingan membeli produk tempatan. Kerajaan memastikan penduduk Malaysia membeli produk tempatan kerana kegiatan ini amat mempengaruhi ekonomi Malaysia. Jika rakyat membeli barangan buatan luar negara, untung barangan tersebut lebih kepada negara tersebut. Oleh itu, kerajaan berusaha untuk menggalakkan pembelian produk tempatan di negara ini. Kemudian, Malaysia boleh pula mengeksportnya ke negara lain kerana telah mendapat smabutan di negara sendiri. Apabila produk Malaysia dipasarkan di luar negara, akan wujud perspektif tentang kemajuan Malaysia. Ini akan meningkatkan pengeluaran dan peningkatan dari segi ekonomi negara. Dalam masa yang sama, ini dapat mempromosi nama Malaysia dan menggalakkan pelancongan di negara kita. Konklusinya, apabila ramai pelancong, akan wujud rasa bangga akan negara dan kesedaran untuk membeli produk Malaysia berbanding produk luar negara.

Selain itu, peningkatan pembelian produk tempatan dalam kalangan rakyat Malaysia melalui kempen ‘ Belilah Barangan Buatan Malaysia’ menunjukkan bahawa produk negara kita setanding dengan barangan China, Eropah mahupun Jepun. Ini menandakan negara kita setaraf dengan negara lain. Contohnya, rekaan dan ciptaan kereta Proton Preve juga setanding dengan negara Jepun dari segi teknologi inovasi dan rekaan uniknya. Malah, kini ramai penduduk lebih membeli kereta Proton berbanding keluaran baru negara lain. Ini mewujudkan rasa bangga akan pencapaian negara dan hampir mencapai gagasan Wawasan 2020. Kita juga akan bersyukur dengan pembangunan negara kita yang optimum yang boleh dikatakan melepasi tahap miskin dan menghampiri tahap negara maju. Ini berlaku hanya kerana keprihatinan dan kebijaksanaan rakyat yang membuat pilihan yang betul. Ini juga mewujudkan rasa bangga dan syukur akan pencapaian negara.

Slogan dan kempen ‘ Belilah Barangan Buatan Malaysia’ jelas memberi kesan yang amat positif dalam kalangan masyarakat Malaysia. Ia juga menyemarakan lagi semangat patriotisme dalam rakyat. Selain itu, kesan daripada kempen ini juga dapat meningkatkan ekonomi negara dan menambah pendapatan negara. Kerajaan memang mengambil tindakan yang baik dengan mengadakan slogan dan kempen ini. Oleh itu, kempen ini wajar diteruskan dan dipromosikan dengan lebih giat.

No comments:

Post a Comment