Saturday, May 18, 2013

Siapa kami?

Hai para pelajar! Selamat bertemu dengan Cikgu Edu! :)
Cikgu Edu! terdiri daripada lima orang guru berbeza latar belakang dan pengkhususan, iaitu Cikgu Nurul, Cikgu Yani, Cikgu Ju, Cikgu Linda dan Cikgu Zura.
Darsawarsa ini, teknologi merupakan medium paling berkesan dalam proses penyampaian ilmu pengetahuan. Lebih-lebih lagi dalam dunia pendidikan tanpa sempadan. Blog sebagai salah satu bentuk teknologi yang ada boleh dimanipulasikan dalam menjadikan proses penyampaian ilmu sebagai satu proses yang menghiburkan. Justeru, blog ini memfokuskan usaha dalam menjadikan proses penyampaian ilmu sebagai satu proses yang menarik, sekaligus menjadi wadah dalam memupuk minat para pelajar cintakan ilmu. Ciri interaktif yang terdapat di dalam blog ini akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam subjek Bahasa Melayu sebagai satu proses yang menyeronokkan..!
Selamat meneroka alam pengetahuan.

Selamat datang ke Ctrl Alt Bm! :)

No comments:

Post a Comment