CARA-CARA MENGARANG / STRATEGI MENULIS KARANGAN YANG BERMUTU
1. Sebelum menulis, ada beberapa perkara yang harus diambilkira bila ingin mengarangkan karangan.
A. Membaca dan memahamkan soalan amat penting sekali.- Baca dan fahami setiap tajuk / soalan yang diberi. - Fahami bentuk soalan sama ada jenis berformat atau tidak berformat. - Kamu mesti memilih soalan / tajuk yang benar-benar boleh dikuasai - Memahami benar-benar kata kunci atau kehendak soalan
Contoh soalan karangan yang sama tetapi berbeza format adalah seperti berikut.
Soalan 1
Sekolah anda telah mengadakan Hari Sukan. Tuliskan sebuah karangan mengenainya.
Soalan 2
Sekolah anda telah mengadakan Hari Sukan. Tuliskan laporan mengenainya untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.
Komen : Tajuk karangan di atas adalah sama, tetapi dari segi formatnya berbeza. Soalan satu merupakan karangan biasa , manakala soalan 2 berformat.Tip Adalah lebih baik jika anda semua menggariskan perkataan-perkataan yang menjadi kata kunci dalam soalan itu. Ini mengelakkan karangan daripada terpesong atau terkeluar daripada tajuk sebenar. B. Menyusun rangka karangan - Pilih mana-mana kaedah yang mudah bagi anda mencari isi - Senaraikan semua isi penting secara ringkas yang mungkin. - susun isi mengikut urutan kepentingannya. - Masukkan huraian serta contoh yang sesuai bagi setiap isi yang akan dihurai. - Isi penting jangan diulang-ulang C. Menulis karangan - Semasa menulis karangan anda mulakan dengan menulis pendahuluan terlebih dalu satu perenggan. - Setiap isi yang dihurai perlu ditulis dalam satu perenggan berserta dengan contohnya. ( Bahagian-bahagian karangan yang ideal ) Perenggan Pendahuluan Perenggan isi pertama Perenggan isi kedua Perenggan isi ketiga Perenggan isi keempat Perenggan Penutup - Tulislah mengikut urutan rangka yang telah dibuat selain menjaga kekemasan tulisan. - Pemerenggan yang baik biasanya dimulakan dengan penanda wacana yang berkesan. Gunakan perkataan seperti, Walaupun demikian, Selain daripada faktor..., Namun demikian, Seperkara lagi... dan sebagainya. Penanda wacana membolehkan pembaca karangan anda mengetahui bahawa anda akan beralih kepada isi yang lain. D. Menyemak karangan - Setelah habis menulis karangan kamu perlu menyemak bagi memastikan jika ada tulisan anda yang kurang jelas, kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, struktur ayat yang salah dan aspek tatabahasa yang lain. - baca berulang kali bagi memastikan ketepatan karangan kamu. E. Secara umum peruntukan masa untuk sebuah karangan a. 5-10 minit mencari isi b. 40 minit menulis karangan c. 5 minit menyemak semula karangan Jumlah = 50- 60 minit jika karangan bahagian berformat seperti surat, jangan menghabiskan lebih daripada 45 minit untuk menjawabnya. Kamu seharusnya menepati masa yang ditetapkan agar tidak berasa gopoh bila mengarang. Adalah diingatkan jangan terlalu leka menjawab satu soalan. Jika masa telah melebihi 1 jam beralih kepada soalan yang kedua pula. Ini kerana adalah lebih baik menjawab dua soalan daripada menjawab satu soalan yang baik. Tip Kamu digalakkan menulis ayat yang pendek , ringkas dan padat berbanding yang panjang. Ini kerana ayat yang panjang biasanya terdedah kepada kesalahan tatabahasa. Biasakan diri kamu mengolah ayat daripada isi yang telah disenaraikan. Satu perenggan biasanya mengandungi 3, 4 atau 5 ayat sahaja bagi huraian satu isi. Tahukah kamu ? Bagaimana hendak menulis dialog dengan baik ? Di bawah ini adalah contoh yang baik untuk menulis dialog dalam karangan anda. Mulakan setiap dialog di baris baru. Ini mengelakkan kekeliruan pemeriksa. Lihat contoh di bawah : Contoh A ( dicadangkan ) Kamu baru pulang ? Baru sebentar tadi. Jawab saya. Tentu Kamu tertunggu kepulangan saya. Memang saya tertunggu-tunggu, luah Jamal , lembut. Contoh B ( mengelirukan ) Kamu baru pulang ? Baru sebentar tadi. Jawab saya. Tentu Kamu tertunggu kepulangan saya. Memang saya tertunggu-tunggu, luah Jamal , lembut. Karangan yang baik juga menggunakan segala aspek bahasa, termasuk peribahasa dan jenis ayat yang berbeza beza. F. PETUA BILA MENULIS KARANGAN · Perlu memahami betul-betul kehendak soalan.
· Catatkan apa sahaja isi-isi yang terlintas di fikiran, kemudian susun mengikut mana yang lebih penting.
· Tuliskan karangan berdasarkan rangka yang kamu sediakan.· Karangan mestilah mempunyai pendahuluan, isi-isi dan penutup. · Bagi karangan meminta fakta , sekurang-kurangnya mempunyai empat isi ( seelok-eloknya cari lima isi ) dan setiap perenggan mengandungi satu isi. · Gunakan ayat yang pendek dan bahasa yang mudah. Akhir sekali, untuk menjadikan karangan anda bermutu, anda terutama sekali mestilah mempunyai banyak idea dan mempunyai kemahiran bahasa yang baik, ini semua dapat dicapai apabila anda banyak membaca. Dari itu, jangan lengah, ambil karangan yang menarik dan mulalah membaca. |
Monday, May 20, 2013
Tips menulis karangan
Labels:
Karangan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment